Pages

Tuesday, 28 June 2011

risk operation for scoliosis!!

Jangkawaktu satu-satu pembedahan scoliosis ialah antara 2 hingga 10 jam bergantung kepada keadaan kes. Sepertimana pembedahan lain, pembedahan scoliosis juga terdedah kepada risiko jangkitan, pendarahan & juga komplikasi anesthetic(bius). Selain itu, keadaan seperti wujudnya darah beku di paru-paru & kecederaan saraf tunjang juga boleh berlaku.
Lebih berusia seseorang pesakit itu, maka lebih besar risiko yang perlu dihadapinya. Bagi seorang ‘adult scoliosis’, kemungkinan untuk mengalami jangkitan ataupun pneumonia adalah lebih tinggi berbanding pesakit yang lebih muda.Meskipun begitu, risiko pembedahan scoliosis tidak terhad kepada risiko-risiko seperti di atas tetapi juga melibatkan keadaan yang mungkin memerlukan pembedahan ulangan seperti:· Pseudoarthrosis(percantuman tulang yang tidak sembuh sepeti yang sepatutnya)· Bengkok tidak berkurangan(bagi kes yang menggunakan Harrigton Rod Instrumentation)· Instrument (skru/plat) patah ataupun longgar.· Jangkitan dan/atau kesakitan pada graf tulang.

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum , Sila tinggalkan komen anda . Jangan segan segan yew :)

 
Images by Freepik