Pages

Thursday, 8 March 2012

Ingin bercinta secara High Class ?



Cinta high class buka ekslusif milik sesiapa . Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua .
Jangan tunggu esok . Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class.
Jangan lupa , bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.
Errr.. Apa itu cinta high class?? Nak taw ta ?
Cinta high class tuh mendaulatkan Allah nombor satu , Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu . Cinta mu bermujahadah menahan nafsu.
" Ya Allah , Aku memohon cinta - Mu dan cinta orang yang mencintai - Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta -Mu . Ya Allah , jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai diriki , keluargaku dan daripada air yang sejuk ( ketika panas terik )." ( HR al-Tarmizi ).
Aku terfikir , wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa . Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di duina.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta . Itu juga biasa . Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam mneawarkan solusi iaitu pernikahan untuk meyalurkan fotrah barakah.
Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta . Itu luar biasa . Tapi boleh membawa binasa . Tanpa asas agama , maruah diri sanggup dikorbankans sekali. Islam menutup pintu - pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca - punca keghairahan dan penctus fitnah.
Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah , saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class. Jika belum bernikah , cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keprluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan , mintalah fatwa dari hati . Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati . Dosa itu apa yang was - was dan syak dalam hati . Nikmatilah indahnya saat menahan , bila halal , penuh keterujaan.
Lelaki dan wanita bgaikan botol dan penutpnya . Bagaikan elektron dan proton . Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar . Saling memerlukan .
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan teman wanita atau teman lelaki . Kenapa ianya high class?
Itu tanda patuhi Allah . Itu tanda jauhi fitnah . Itu tanda sebuah mujahadah.
" Jodohku , aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana . Aku cuma tahu engkau ada , di dunia atau di syurga. Akan aku simpan ajaib ini . Akan aku luapkan untuk mu setelah akad menghalalkan kita ".





No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum , Sila tinggalkan komen anda . Jangan segan segan yew :)

 
Images by Freepik