Pages

Sunday, 4 March 2012

Kemaafan dendam terindah

Assalammualaikum  to readers ! Hola . entry aku kali neh nak story pasal kemaafan . Oke lets talk straight to de point k . Dalam dunia neh semua orang mesty pernah rasa marah , geram or berdendam an .



 Aku ibaratkan hati manusia ni , seperti sebuah peti yang memiliki laci -laci yang kecil .

Setiap rekod orang yang hadir dalam hidup kita , disimpan dalam laci - laci ini. Jika sudah berkenalan dengan sejuta orang , Maka ada sejuta laci didalam hati kita. Dalam laci setiap individu , mempunyai kenangan bersama mereka.


Apabila kenangan yang berlaku adalah memeritkan , maka laci - laci ini akan berubah menjadi warna hitam . Lebih banyak manusia yang menyakitkan aty kita , lebih banyaklah laci hitam didalam hati kita.
Selang hari ke hari , minggu ke minggu , bulan ke bulan , tahun ke tahun , rasa sakit hati kita kepada individu yang lacinya sudah hitam ini masih wujud. Ini kerana kita masih menyimpan rekod mereka dalam laci hitam. Semakin lama disimpan , semakin tebal fail kenangan mereka , dan melarat pula ke laci lain.


Akhirnya hati kita telah sepenuhnya menyimpan laci - laci hitam yang banyak dengan fail kenangan yang menebal.

Akibat disakiti , Kiat membenci . Kita membenci mereka ynag menyakiti kita , lantas menyimpan dendam. dendam yang disimpan , mengakibatkan hati yang gelap dan penuh dengan laci hitam. Laci - laci hitam memenuhi hati dengan fail kenangan pahit mendorong kita untuk terus membenci , berdendam dan tidak lagi mahu memaafkan mereka yang menyakiti hati kita ini.
Selagi laci hitam tidak dibersihkan selagi itu fail kenangan pahit yang tebal wujudnya di dalam. Selagi itu hati kita dipenuhi dendam dan kebencian. selagi itu jugalah kita tidak tenteram , kerana kerap memikirkan mereka , lagi tebal fail kenangan itu tersimpan di dalam laci hitam .

Mungkin kebahagian sukar kita perolehi kerana hitam kita yang hitam.

Mungkin rezeki tidak muncul kerana hati kita yang tidak bersih.

Mungkin jodoh terhalang kerana kita yang tidak memaafkan.

Maafkan sahaja mereka , Insyaallah kita akan lebih tenang .. Dan laci hitam akan terhapus dari peti hati kita .

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum , Sila tinggalkan komen anda . Jangan segan segan yew :)

 
Images by Freepik