Pages

Monday, 12 March 2012

Kualiti Hati

hati

Assalammualaikum ! Kali aku nah berbebicara pasal hati pulak . Sebab aku pon sebenar nya ta pandai bab hati - hati neh . Tapi aku akan cuba lah yang terbaik. hehe . Aku pon tidak lah pandai berkata-kata. Kenapa aku pilih soal hati ? sebab hati adalah penting , Hati adalah kuasa penggerak dalam diri manusia. Sekiranya hati dikuasai kebenaran , nescaya ia kan menjana kebaikan .
Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan , ia akan melahirkan kejahatan . Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa jua cabaran atau masalah dalam hidup . Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan , adalah hati lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup .
Bila hati tidak berkualiti , segala yang dilihat , difikir , dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas.
Yang kaya , berkuasa dan ternama akan terus memburu kekayaan , keeseronokan dan hiburan sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama memminum air laut , makin diminum semakin haus. Atau memburu fatamorgana - bahang yang sangat panas disangka air .
Apabila kualiti hati rendah , sedikit nikmat tidak cukup , banyak nya . Akibat tidak syukur , sabar , qanaah dan redha , diri akan diperhambakan oleh hawa nafsu dan syaitan ke arah kejahatan . Sebaliknya , hati yang kuat mampu mengawal nafsu umpama burung yang menebarkan sangkarnya . Manakala , hati yang lemah sentiasa terkurung oleh kehendak - kehendak nafsu seperti burung yang terkurung oleh sangkarnya.
Hati yang kuat akan memandang segala - galanya secara positif , mentafsirkannya secara positif dan bertindak secara positif. Inilah yang disebut oleh pakar motivasi sebagai berfikiran positif . Dan apabila kita berfikiran positif , segla yang positif akan tertarik kepada kita. Ini pula yang disebut hukum tarikan dalam kehidupan.
Apa yang kita yakini dalam hati memenentukan sudut pandang kita seterusnya mempengaruhi sistem nilai , sikap serta kelakuan kita. Orang yang memiliki hati yang tenang akan melihat segala yang berlaku dari sudut pandangan akidah, lantas sistem nilainya mengikut perspektif Allah dan Rasul-Nya. Nilai ini akan mempengaruhi sikapnya. Ia akan menjadi mukmin yang segala kelakuannya berpandukan syariat dan akhlak Islamiahnya.

1 comment:

  1. salam,
    hye shima, kenal akak x?
    jom bg support sikit kat YCH....
    plz follow yer....:)

    ReplyDelete

Assalammualaikum , Sila tinggalkan komen anda . Jangan segan segan yew :)

 
Images by Freepik