Pages

Monday, 24 November 2014

Terabai Seketika


hai blog kesayangan saya, maaf ye buat sementara waktu ini anda akan terabai sebab tuan awak sedang sibuk menguruskan anak - anak di tadika . nanti ada masa yang panjang saya akan berkongsi cerita dengan semua ok :)

Friday, 31 October 2014

Kamulah Takdirku .





Indah kulihat  lukisan ini
Tujuh bidadari dari langit
Namun saat kulihat dirimu
Cantikmu mengalahkan semua

Pernah kudengar puisi raja
Syairnya indah getarkan jiwa
Namun saat namamu disebut
Hatiku tergetar penuh rasa
Tuhan yang ciptakan rasa cinta
Rasa kasih sayang

Buat apalah susah cari kesana kesini
Sudah didepan mata kamulah takdirku
Tuhan ciptakan kamu
Tuhan ciptakan aku
Kita berdua di izinkan bertemu

Buat apalah susah cari kesana kesini
Sudah didepan mata kamulah takdirku
Tuhan ciptakan kamu
Tuhan ciptakan aku
Kita berdua di izinkan bertemu dan bersatu
Kamulah takdirku


Thursday, 30 October 2014

Sentuhan Daripada Tri Yo Entertainment


Alhamdulillah !

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tri Yo Entertainment sebab shoot gambar yang sangat lawa - lawa dan gojes gitu ! *kerana sentuhan yang menarik dari Tri Yo la aku yang tak berapa nak cun , ni nampak cun * hahahah..

Aku sangat suka kan sentuhan mereka dan cara kerja mereka. Sangat seronok bekerjasama dengan mereka, mereka sangat sporting dan membuatkan aku dan husben selesa memilih mereke menjadi photographer kami. 

Kepada sesiapa yang masih mencari photographer, boleh mencuba tengok hasil kerja Tri Yo entertainment. Memang awesome la :)

Dorang menawarkan harga yang sangat berpatutan dan selalu buat promo taw. 

Boleh singgah di page mereka , untuk melihat harga dan cara menghubungi mereka !

( https://www.facebook.com/triyoentertainment?fref=ts )












Tuesday, 28 October 2014

Hari terindah Amirul syahid & Nornajatulshima .

Hai pembaca sekalian  ! Hola, Maaf lama menghilangkan diri, baru hari ini menjengah dan buat post entry. Dua minggu kebelakangan ini agak sibuk kerana aku masih dalam proses menstabilkan diri dengan rumah tangga. *ops!rumahtangga
* heheh. Bila cakap words rumah tangga macam tidak percaya yang aku sekarang sudah bersuami. Kenkdang tersasul panggil suami still tunang. Encik suami pon kata janggal . *hahaha*
Okeyh ! sebelum korg keliru bila aku bernikah, dalam post entry ni aku akan ceritakan sedikit about wedding aku. Dalam post entry hari ini , aku nak cerita pasal nikah dulu okeyh. *kita cerita satu persatu ok * -rasa excited pulak nak cerita wedding sendiri , padahal inai dekat jari dah nak hilang- 

Alhamdulillah. tepat jam 9.20 pm pada 17 oktober 2014 aku selamat dinikahkan dengan pasangan aku * AMIRUL SYAHID*. Masa that day ktorg nikah hujan lebat sangat, tapi alhamdulillah majlis nikah malam tu berjalan lancar. Dengan sekali lafaz aku sah jadi milik dia. :)


Dekat sini aku share sedikit gambar sepanjang majlis pernikahan aku, malam nikah tu semua simple je. Make up pon kau suruh my lovely auntie je yang buat. 









Tuesday, 14 October 2014

permohonan bercuti..


Selamat petang readers , sedang sibuk ker? Kalau tidak sibuk jemput la menjengah belog yang tidak seberapa nak indah ini. *hehehe *. Alhamdulillah ! Sekadar hendak berkongsi kegembiraan dan keseronokan . Hari ini aku jumpa bos aku Puan Roslina Harun. Macam - macam aku susun sebab segan nak apply cuti kahwin. *sejak bila aku jadi penyegan pon tak tahu la*..

Setelah berbincang dengan bos aku yang sangat lembut dan baik, dia setuju memberikan cuti selama lima hari. Rasa happy sangat , aku rasa kalau aku bekerja dengan ornag lain bukan sennag nak dapat cuti lama macam ini. Tetapi dengan kak ina dia seorang yg sangat memahami dan lemah lembut menyebabkan aku selesa bekerja dibawah seliaan dia.. hari ini kak ina tanya aku, selepas berkahwin kerja sini lagi atdu nak pindah cawangan lain? Aku senyum dan jawab, still lagi nak kerja dengan kak ina.. hehe..

Aku pilih untuk mula bercuti pada hari khamis -16 okt sehingga 22 okt-.. terasa lama cuti itu. Aku akan diakadkan nikah pada 17.10.2014 selepas isyak. Hari khamis baru muka aku ni akan terlihat dirumah. hahha . Sangat sengal rasa.





Sunday, 12 October 2014

Aku kalah .


Kita selalu cuba menyelesaikan masalah orang dan rakan - rakan terdekat kita, tapi kita selalu fail dalam menyelesaikan masalah aku dan dia. Aku penat bertahan dari dulu sehingga ke hari ini. Ke saat menuju hari bahagia kami. Sampai ke hari ini aku masih belum mampu mengubah dia. Aku ingin megubah engkau buka kerana aku tidak boleh menerima engkau , aku cuma mahu kau  menjadi lebih baik.

Aku cuba berusaha mengurangkan ego engkau bila marah, aku cuba berkata - kata lembut , menasihati dengan lembut. Tetapi sedikit pun tidak mampu melunturkan hati awak yang keras itu. Apa yang saya perluk lakukan lagi? Sampai ke saat ini , saya sangat kecewa dengan diri saya sediri sebab saya tidak mampu merubah awak walau sedikit. 

Saya turut mengaku dengan awak yang saya kalah dengan awak. Saya tidak mampu mengubah awak, jika awak sendiri tiada rasa nak merubah diri awak demi hubungan kita. Awak teruskan dengan cara awak kalau itu yang terbaik. 


Saya penat dan ini hujung nya. 

Celebrate Punya Cerita


Selamat Tengah Hari mungkin ^___^ ...
Hello blogger semua yang sanggup singgah sini! terima kaseh sebab sudi singgah sini dan baca entri dekat sini walaupun kadang kala mengarut . *hehehhe*.. Kalau dan hendak mengupdate entri ni sangat memerlukan mood rajin, kalau tidak memang tidak gagah la kan. * eh! betul ker macam tu ea? * Tak betul , tak apa la aku saja kot rasa macam tu . hehehe. 

Dari entri yang lepas semua orang mungkin tahu , aku kini sudah genap berumur dua puluh dua tahun. in sha allah dalam masa seminggu lagi aku bakal bergelar isteri orang . *seram sjuk rasa* . Ulang tahun aku kali ini tak ada la celebrate mewah - mewah. Sekadar di bawa jalan -jalan dan encik tunang belanja kek saja. aku tidak berharap lebih pon, dia belanja dan bawa aku jalan -jalan pon aku dah rasa terharu . Bukan senang tahu encik tunang saya tu nak ajak saya celebrate sesuatu . *terima kaseh Amirul Syahid*

10 oktober 2014 around before 8:00pm ( one day bfore my busday) :

Dapat panggilan dari soulmate sayang * nama dalam handphone *

Hubby: Salam, siap-siap la. Nanti b datang ambil.
Honey : *rasa terkjut jap* hahahha. Nak pergi mana?
Hubby: One city . 
Honey :  *dalam hati sumpah happy kemain* terima kaseh bie ! 

Masa dpat call tu memang melting gila, sebab aku memang dah lama nak pergi One City tu, dekat tingkat 10 ada sky park. Akhirnya dia tunaikan permintaan aku, tanpa dipinta. tu yang terharu sgt. View memang sangat cantik dan menarik di waktu malam. dekat situ juga agak gayat , sebab dia ade cermin kaca yang boleh menampakkan apa yang ada dibawah. Korang nampak kedai -kedai dekat bawah . First time jalan memang tak pandang bawah. *hahahah sangat gayat *, encik tunang aku sedap je jalan. Second around, baru kurang sedikit takut dah berani tengok bawah. 

Kenyataan yang aku nak bagi tahu, encik tunang aku tu memang tidak romantik , degil , dan sangat ego ! hhahaha * jahat kan kutuk dia* . Tetapi ada waktu nya dia pandai buat aku terharu tanpa aku sangka. Wahai bakal suami ku , saya tidak kesah awk degil, awak tidak romantik, dan sangat ego. Walaupun kadang awk buat saya sakit hati, dan menangis, saya tidak kisah, Saya belajar menerima semua tentang awak, saya harap juga menerima saya baik buruk saya ^__^..

Terima kaseh bawak dolan dolan pergi One City dan makan kek Secret Recipe :)

Hadiah nak tuntut masa wedding next week ok ! *hahahha*

Belanja korg dengan a few picture ok.









Friday, 10 October 2014

Ulang Tahung Bride To Be 11 okt 2014


Hai semua ! alhamdulillah , tepat jam 12:00 malam pada tarikh sebelas oktober dua ribu empat belas kini tlah genap umur aku kepada dua puluh dua tahun. Rasa bersyukur sangat masih dipanjangkan umur sehingga ke hari ini. Dapat bekerja dengan tubuh badan yang sihat . Terima Kaseh untuk segala rezeki mu Ya Allah ..


Ucapan pertama yang aku dpat adalah dari My lovely auntie -MAZIAH RAMLI-. terima kaseh untuk ucapan kau , tak ada hadiah tak pe . nanti masa kenduri kahwin aku , aku tuntut la . hahahhah~ im just kidding. Tak kesah pon , janji kau ada masa majlis wedding aku pun dah ckup . :)

Ucapan kedua yang aku dpat adalah dari encik depan rumah aku a.k.a bakal encik suami ku. Terharu dengan ucapan awak, In sha Allah saya akan cuba belajar isteri yang solehah untuk awk dan ibu yang terbaik untuk anak anak kita. 


Nak tahu dekat mana encik sayang aku celebrate my birthday , stay tuned tomorrow ok ! 

Thank you. Doakan kebaikan aku ok :)



Join contest..


Tadi singgah belog AINA AKMAL. So sweet blog dia, best sangat singgah situ. Tak sangka pulak dia tengah buat contest. Aku pun teringin nak join. Sebabnya sebelum ni aku tak pernah join mana - mana contest pon, ini sekadar cuba cuba kalau ada luck la..




Tu dia link untuk contest ni, dia bagi tempoh 24 jam saja, ada sesiapa lagi yang nak join Jom pakat ramai - ramai :)

Hope ada lucky nak wedding ni. hehehe ~












Thursday, 9 October 2014

Debar Rasa Hati


Haii all readers yang singgah sini. Boleh tak kalau aku nak minta dan berkongsi pendapat dengan korang ?? A few days lagi aku bakal bernikah lebih kurang seminggu je lagi. Bila fikirkan hari bahagia tu je, hati aku rasa gugup, rasa berdebar-debar. Memang semua wanita yang akan berumah tangga akan mengalami rasa ini ker?

Korang ada cara atau solution tak nak hilang kan rasa gugup,takut, berdebar bagai ni sampai masa nya? Kalau ada korang kongsikan la pengalaman korang atau saja petua nak berumah tangga ok ! korang boleh tinggalkan komen atau kita boleh chat dekat shoutbox. Nasihat korang sangat di hargai :)

terima kaseh.

Bantuan Please !!


Hye all readers ,blogger yang singgah ke belog ini. Boleh tak saya nak minta bantuan korg sedikit je? Tak banyak pon korg. Tak susah pon , boleh ye korg? Jasa korg amat aku hargai taw. 
Aku nak minta bantuan korg like page bisnes online aku. Korg boleh cari dekat FB, nama "DRESS FOR ALL".. tak susah pon , just tolong tekan button like je. Boleh ye ^_^..



https://www.facebook.com/pages/Dress-For-All/1505443929694370?fref=ts




Terima Kaseh :)

Encik Depan Rumah 2

Tahun 2013: 
Awal tahun dua ribu tiga belas , aku ada krisis dan akhirnya aku break up dengan (MIMR)..  Pada bulan April 2013, aku kena berpraktikal di Sungai Besar. Oleh kerana , Amirul Syahid a.k.a encik tunang aku tu jiran aku. Parents aku pon meminta aku tumpang dia untuk pergi kerja dan balik kerja. 
Masa tu la kami mula cuma berkawan balik, aku pun ada mengaku dekat dia yang aku ada rasa sayang dekat dia lagi. Cuma aku tak thu berapa banyak. Sepanjang aku praktikal dengan hati yang kecewa , dia adalah orang yang banyak support aku. Dia sentiasa berdiri dibelakang aku,hari hari dia orang yang tengok aku menangis. Dia tetap bersabar dengan aku walupun aku menangis untuk lelaki lain dia tetap bagi semangat dekat aku..
Sepanjang tempoh kami berkawan balik tu terbit balik rasa sayang yang dulu pernah hilang. Kami masa tu baru berbaik tak sampai dua bulan dan ktorg decide nak bertunang. * HAHAHHA* - bertunang pon tak romantik macam orang lain- . Kami cuma bertunang sebab tak nak berkwan lama takut nanti tak ke mana pon. Akhirnya kami bertunang. *macam tu je kan* .. Tak ada yang sweet pon. *eheheheh*
Oktober 2014 :
Tanpa kami sedar,sungguh cepat masa berlalu, hampir setahun tiiga bulan kami bertunang. *omaiii* . Sekarang hanya tinggal beberapa hari saja lagi aku bakal menjadi isteri encik depan rumah *AmirulSyahid*..
Dari sekarang ada lagi LAPAN  hari saja lagi sebelum sampai tarikh keramat tu. Memang debar-debar tiap malam bila fikir pasal wedding aku. Alhamdullilah, persiapan hampir siap. Kepada yang membaca entry ni doakan yang terbaik untuk saya dan bakal suami ye ^^'

My E-day 30062013


Terima kaseh sudi membaca entry yang tak seberapa ini..

Wednesday, 8 October 2014

Mari singgah beli jubah ^^'


Saya ada menjual JUBAH LYCRA AMARA

saiz: S/M/L/XL
material: moss crepe ( tidak jarang, tidak perlu inner dan tidak melekap di badan)
boleh dibeli dengan harga RM110 tidak termasuk postage 
postage : sm RM6/ ss RM9




di sini ada disediakan size untuk jubah lycra amara ^_^





Singgah Sebentar :)









Anna Sequins

price : rm 65 tidak termasuk postage 

jika berminat boleh pm saya. 010-3346702..





ingin memiliki skirt yang menarik..

harga: rm40 tidak termasuk postage

berminat boleh pm saya.. 010-3346702

Kerana Kau




Di saat ku menjadi pilihan
Kau menjadikan ku yang pertama
Di saat ku dalam kesedihan

Kau menyanyikan lagu irama

Ku mampu tempuhi halangan
Tapi tidak akan ku mampu tanpamu
Kerana kau berikan ku bahagia
Bila kau menyatakan cintamu
Kerana kau membuat ku terlena dalam rindu
Aku cinta padamu
Di saat ku memikul bebanan
Kau memberikan ku kekuatan
Oh kehadiranmu hanya satu
Sentiasa menemaniku
Ku mampu tempuhi halangan
Tapi tidak akan ku mampu tanpamu
Kerana kau berikan ku bahagia
Bila kau menyatakan cintamu
Kerana kau membuat ku terlena dalam rindu
Aku cinta padamu
Kerana kau berikan ku segalanya
Sabar tanpa ada rasa jemu
Kerana kau membuat ku terlena dalam rindu
Aku cinta padamu
Aku cinta padamu
Dan bersama ku merasa sempurna
Kerana kau berikan ku bahagia
Bila kau menyatakan cintamu
Kerana kau membuatku terlena dalam rindu
Aku cinta padamu
Kerana kau berikanku segalanya
Sabar tanpa ada rasa jemu
Kerana kau membuat ku terlena dalam rindu
Aku cinta padamu
Aku cinta padamu
 
Images by Freepik