Pages

Wednesday, 22 January 2014

Perkembangan Hidup PART Two




Nampakkan tajuk dekat atas tu, ok . ok. entry kali ni aku nak sambung kisah perkembangan hidup aku di entry yang lepas. Dekat entry yang lepas aku ada cakap yang aku berhenti kerja selam 3 minggu kan? Sebenarnya, sepanjang aku dirumah tu. Aku tak ada la makan tidur sangat. Ada la hantar resume kesana sini. Aku ada juga hantar resume ke beberapa bank. Tapi masih tiada jawapan, mungkin tiada rezeki lagi buat aku. 

Selain hantar ke bank-bank aku ada jugak hantar resume ke tempat kerajaan jika ada jawatan kosong. Sama juga tiada jawapan. Aku kerap online menggunakan BB kesayangan aku ni ha. Mencari kerja kosong. Semua yang aku carik di bandar sebab aku nak sangat keluar dari kampung ni. Ada sebab kenapa aku nak keluar dari sana.  Biar aku seorang saja tahu kenapa aku perlu pergi. Cuma parents aku saja yang risau aku nak tinggalkan tunang aku di kampung tu, siap tanya tunang aku tu izinkan ke aku kerja di bandar.Haahahah. 
Sebenarnya tunang aku tu jenis senang ja, dia tak kesah aku nak pergi mana pun. Asalkan aku jaga diri aku itu je pesanan selalu dia.

Setelah berhempas-pulas mencari kerja di internet, aku pun ternampak iklan untuk bekerja di Taska Mahkota Cheras. Aku pun buat la phone call. Dan dia memang sangat memerlukan pekerja. Kini , aku sudah diterima bekerja. Minggu depan hari isnin aku akan memulakan kerja aku sebagai guru di taska :). Alhamdulillah. Walaupun gaji nya tidak la tinggi mana, aku sukakan kerja ini sebab aku sangat sukakan budak-budak. hahaha.

Sekarang aku menetap dirumah pakcik aku di Cheras Perdana ni dulu sebelum aku mulakan kerja aku minggu depan. Nasib baik pakcik aku tak jauh dari Taska yang aku kerja tu. Ada juga saudara mara kalau aku perlukan apa-apa disini.
  
Sekian disini dahulu. :)




Perkembangan hidup PART One


Alhamdulillah. Akhirnya , Dapat juga aku berblog lagi. Dah hampir 3 bulan tak masuk blog ni. Mahu bersawang dah belog ni. Nasib baik tak ada labah-labah masuk kan. Hahahah. Sebab terlalu EXCITED dapat berbelogging balik, aku pon tak tahu nak cerita apa dalam entry kali. 

Nak buat entry tahu baru dah hampir nak CNY kan, So rasa malas pulak nak cerita pasal NY. Aku pun tak tahu belog aku ni ada orang baca atau tidak. Aku jadi kan belog tempat bercerita pasal kehidupan aku. Turun naik, Sengsara bahagia hidup aku. Terima kasih kalau ada sesiapa yang sudi mengjenguk dan membaca entry aku.

Setelah lama tak menulis, disini aku nak kongsikan sedikit perkembangan hidup aku. Alhamdulillah , last year  OKT 2013 aku berjaya menamatkan DIPLOMA aku. Berakhir dengan pointer 2.90. Alhamdulillah :). Setelah begitu susah payah mengharung sakit nya waktu itu. Aku berjaya juga untuk menamatkan DIPLOMA aku.

Setelah tamat DIPLOMA tu, aku terus bekerja. Hampir tiga bulan juga aku bekerja. Aku bekerja dekat dgn rumah aku ja. Selalu nya Amirul Syahid merangkapa tunang aku tuh la yang ambil dan hantar aku. Terima kasih untuk jasa mu sayang. hahaha. Aku buat kerja sebagai keran hampir sebulan lepas tuh ditukarkan pula sebagai Cashier dan Promoter di bahagian Sales. Hampir 3 bulan bekerja aku rasa aku tak boleh masuk dengan kerja tu. Jadi aku pun ambil keputusan berhenti secara mengejut. Hahahah. Sangat gila kan.

Setelah berhenti aku pun menanam anggur dirumah 3 minggu. Sepanjang aku dirumah kerja aku hanya makan tidur dan memasak untuk adik-adik aku. Ha! disebabkan ini la badan aku sekarang sudah cukup berbeza dengan dulu. Dulu cuma 39kg,now 44 kg ok ! aku pun tak tahu nak cakap macam mana badan aku boleh secepat ini. Sampai ramai yang tegur aku dah berisi. Aku dah tembam bagai la. hahah. Aku tak kesah, asalkan senang hatika korg? betul tak? Dan alhamdulillah Sekarang aku senang hati.


Ini lah aku sekarang, cuma berisi dari tahun-tahun yang lepas kan. hahha.


Ni masa bercuti di Pangkor dengan kesayangan. banyak kali aku kena bahan sebab pipi aku yang semakin bam-bam itu. hahah.

Setakat ini dulu cerita kehidupan aku. Nanti aku sambung dekat entry lain ya, Takut jorg yang membaca rasa bosan pulak nanti nak membaca aku tulis bejela-jela ni. hahaha. Dah lama tak menulis ka katakan. haha. Adios. Sayonara :)

 
Images by Freepik