Pages

Wednesday, 22 January 2014

Perkembangan Hidup PART Two




Nampakkan tajuk dekat atas tu, ok . ok. entry kali ni aku nak sambung kisah perkembangan hidup aku di entry yang lepas. Dekat entry yang lepas aku ada cakap yang aku berhenti kerja selam 3 minggu kan? Sebenarnya, sepanjang aku dirumah tu. Aku tak ada la makan tidur sangat. Ada la hantar resume kesana sini. Aku ada juga hantar resume ke beberapa bank. Tapi masih tiada jawapan, mungkin tiada rezeki lagi buat aku. 

Selain hantar ke bank-bank aku ada jugak hantar resume ke tempat kerajaan jika ada jawatan kosong. Sama juga tiada jawapan. Aku kerap online menggunakan BB kesayangan aku ni ha. Mencari kerja kosong. Semua yang aku carik di bandar sebab aku nak sangat keluar dari kampung ni. Ada sebab kenapa aku nak keluar dari sana.  Biar aku seorang saja tahu kenapa aku perlu pergi. Cuma parents aku saja yang risau aku nak tinggalkan tunang aku di kampung tu, siap tanya tunang aku tu izinkan ke aku kerja di bandar.Haahahah. 
Sebenarnya tunang aku tu jenis senang ja, dia tak kesah aku nak pergi mana pun. Asalkan aku jaga diri aku itu je pesanan selalu dia.

Setelah berhempas-pulas mencari kerja di internet, aku pun ternampak iklan untuk bekerja di Taska Mahkota Cheras. Aku pun buat la phone call. Dan dia memang sangat memerlukan pekerja. Kini , aku sudah diterima bekerja. Minggu depan hari isnin aku akan memulakan kerja aku sebagai guru di taska :). Alhamdulillah. Walaupun gaji nya tidak la tinggi mana, aku sukakan kerja ini sebab aku sangat sukakan budak-budak. hahaha.

Sekarang aku menetap dirumah pakcik aku di Cheras Perdana ni dulu sebelum aku mulakan kerja aku minggu depan. Nasib baik pakcik aku tak jauh dari Taska yang aku kerja tu. Ada juga saudara mara kalau aku perlukan apa-apa disini.
  
Sekian disini dahulu. :)




No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum , Sila tinggalkan komen anda . Jangan segan segan yew :)

 
Images by Freepik