Pages

Monday, 10 February 2014

Dugaan :)


Hai pembaca sekalian! cewaahh ! macam ramai je pembaca belog ni kan.. haha. Perasaan tak sudah budak tembam ni. Sudah berminggu rasa nya tak berbelog. Hari ini baru aku dapat menekan keyboard lappy kesayangan aku ni. Sejak bekerja sebagai teacher dan pengasuh Taska ni. Aku selalu penat dan tak sempat nak buat benda lain. Kali ni aku semangat menulis sebab rasa rindu dekat belog ni, dah lama tak menulis.
Mungkin entry kali ni lebih kepada cerita hati kut. Aku rasa mood n jiwa aku macam moody ja sekarang. aku yang kuat makan ni sekelip mata berubah jadi tak ada perasaan tengok makanan depan mata.  Hmm. Bukan senang kan nak harungi pertunangan ini. Adakala kita bahagia, adakala kita duka. Aku sendiri tak tahu aku masih kuat ke nak harungi semua ni. Bukan mudah nak melepaskan apa yang aku genggam selama ini. Tanpa aku sedar genggaman aku terlalu kuat sehingga menyakiti dia. 
Bohong aku tidak terluka dengan apa yang kau kata, memang aku bohong yang aku tidak menangis. Sebab aku tahu sekalipun aku terluka kau takkan pujuk aku. Aku kenal betapa ego kau. Aku rela memujuk hati aku sendiri.
Dan akhirnya aku berjaya tersenyum kembali. Aku selalu berharap yang kau akan sedar aku sedang terluka. Tapi kau selalu tidak sedar kan. Tak mengapa la, aku dah biasa pujuk diri sendiri. Di mulut bila aku terluka aku selalu kata "aku benci kau" tapi dalam hati kasih sayang aku tidak pernah berhenti untuk kau.
Semoga pertelingkahan tidak berpanjangan. Aku selalu berdoa semoga jodoh kita berpanjangan. Beribu kali saya terluka dengan sikap atau kata-kata awak, hati saya takkan pernah berhenti sayangkan awk. :) . Saya akan terus menyanyangi awak sehingga akhir hayat saya. In sha Allah. 


No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum , Sila tinggalkan komen anda . Jangan segan segan yew :)

 
Images by Freepik