Pages

Wednesday, 18 June 2014

Rasa Hati


Dalam sebuah perhubungan kita mempunyai cara yang berbeza untuk menunjukkan kaseh sayang kita. Ada pasangan yang seorang ego, jarang menunjukkan kasih sayang mereka. Manakala pasanganya seorang yang cukup penyayang , caring, lovey dovey bagai. Agaknya bagaimana kehidupan mereka kan melalui hari-hari mereka. Berjaya kah mereka survive untuk hidup bersama?? * hahahahhaha*  *macam kisah sedih pulakkan entry kali ni* *aku sendiri pon tak tahu apa rasanya*..
Sekadar berkongsi apa yang aku rasa.
Kita sering berfikir untuk selalu berada disisi orang yang kita sayang. Setiap hari kita akan menghubungi dia, bertanya apa aktiviti mereka? Macam mana hari dia? Setiap hari kita akan mengulang soalan yang sama. Tanpa kita jemu. Bila kita dengar saja suara orang yang kita sayang sedih, kita ingin cepat berada disisi dia, terus nak dengar masalah dia. Sedangkan dia tak ingin pon berkongsi dengan kita, adakalanya kita akhirnya dijadikan tempat dia menempiaskan tekanan dia.
Dalam kelekaan kita terlalu menunjukkan kaseh sayang kita adakah kita sedar tentang perasaan dia? Dia suka ke kita hubungi dia? Dia bahagia ke dengan kaseh sayang kita? Adakah kita Cuma perasan sendiri? Sedangkan dia sudah lama jemu dengan kita, waktu itu apa patut kita buat? Patutkah kita menjauh diri kita dari dia, sedangkan hati kita tidak merelakan.
Jenuh kan kita fikir dan mencari jawapan. Aku sendiri pon tiada jawapan untuk soalan itu. Bukan mudah untuk membawa diri.
*sedang mencari jawapan untuk diri ini juga*


No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum , Sila tinggalkan komen anda . Jangan segan segan yew :)

 
Images by Freepik