Pages

Tuesday, 7 October 2014

Ceritera Encik Depan Rumah

Tahun 2011 :
dua ribu sebelas adalah tahun pertama aku berkenalan dengan bakal encik suami aku merangkap tunang aku . *tidak terasa sudah setahun lebih kita bertunang *..
Masa tahun dua ribu sebelas tu, aku tak tahu macam mana aku dapat idea nak berkawan dan mula berkenalan dengan dia. Aku dapatkan nombor dia dari budak kampung kami juga. Masa tu memang tak terlintas pon nak couple dengan bakal encik suami ku ini . *hehehhe* 

Masa tu aku baru putus dengan EX-Bf aku.. Jujur dalam hati aku masa itu cuma nak berkawan dengan bakal suami aku.. Aku cuba cuba minta nombor telefon dia dari kawan kampung kami, aku teringat nak berkawan dengan dia sebab masa tahun 2010 dia pernah mesej aku tanya pasal result SPM aku . Waktu tu sekali saja dia muncul dan text aku. Lepas tu missing macam tu saja..Tahun 2011 tu baru aku try contact dia.  Aku cuba miscall dia sekali.. Masa tu dia tengah praktikal servis aircond. *hahahahah* lawak sangat bila dikenang. aku yang gatal contact dia.. 

Lepas aku miscall dia, petang dalam pkul 6 macam tu baru dia mesej tanya aku siapa. Start masa tu kami mula berkenalan, nama la,duduk mana la, *padahal sekampung tapi tak pernah berkawan sebelum ini*.. Kami berkawan tapi langsung tidak pernah terserempak masa dekat kampung, sebab masing masing segan. *aku sendiri masa mula kenal dia tapi tak tahu muka dia macam mana* .. Hampir seminggu ktorg berkawan makin hari , makin rapat. entah datang idea dari mana encik depan rumah aku ajak kapel.. Aku yang time tu tengah gila - gila pon terima je la . * eceh - eceh*..

Pertemuan pertama kali ktorg masa weekend 18.3.2011 iaitu Hari wedding abang dia. Itu la waktu pertama kali ktorg tengok muka masing masing sambil bertentang mata dari jauh * ahhahahaha* -ayat tak boleh blah-
Masing - masing usha dari jauh je, tak bercakap tak bertgur pun. tapi mecej dan call. Segan punya pasal la katakan. Aku cuma datang makan wedding tu, lepas tu balik . 



Kami terus berkawan dan berhubung hampir setahun , kami belajar mengenali diri masing-masing. Mencari keserasian bersama. Sepanjang setahun kami kapel pelbagai ragam kami hadapi. Aku cuba hadapi sikap dia masa tu yang kadang kadang dia sayang aku , kadang kadang dia abaikan aku. Dan akhirnya aku rasa kami tiada keserasian, aku telah buat satu kesilapan paling besar dalam hidup aku bila aku melukai dia *encik tunang aku *. 

Aku decide putuskan hubungan kami pada awal 2012 dan aku pilih untuk berbaik dengan Ex-bf aku. Aku tahu masa tu aku lukai  *encik tunang aku * aku mengaku time tu aku terlalu mengikut kata hati. Aku sedar aku kejam waktu itu. Lepas kami break, kami bawa haluan masing masing. Aku perasan dia sangat benci kan aku , sampai kalau dekat kampung selisih dengan aku pon dia tak pandang aku . *ehem*..


Nak tahu macam mana kami berbaik dan bertunang ? * ehhehe* Tunggu !



No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum , Sila tinggalkan komen anda . Jangan segan segan yew :)

 
Images by Freepik