Pages

Tuesday, 14 October 2014

permohonan bercuti..


Selamat petang readers , sedang sibuk ker? Kalau tidak sibuk jemput la menjengah belog yang tidak seberapa nak indah ini. *hehehe *. Alhamdulillah ! Sekadar hendak berkongsi kegembiraan dan keseronokan . Hari ini aku jumpa bos aku Puan Roslina Harun. Macam - macam aku susun sebab segan nak apply cuti kahwin. *sejak bila aku jadi penyegan pon tak tahu la*..

Setelah berbincang dengan bos aku yang sangat lembut dan baik, dia setuju memberikan cuti selama lima hari. Rasa happy sangat , aku rasa kalau aku bekerja dengan ornag lain bukan sennag nak dapat cuti lama macam ini. Tetapi dengan kak ina dia seorang yg sangat memahami dan lemah lembut menyebabkan aku selesa bekerja dibawah seliaan dia.. hari ini kak ina tanya aku, selepas berkahwin kerja sini lagi atdu nak pindah cawangan lain? Aku senyum dan jawab, still lagi nak kerja dengan kak ina.. hehe..

Aku pilih untuk mula bercuti pada hari khamis -16 okt sehingga 22 okt-.. terasa lama cuti itu. Aku akan diakadkan nikah pada 17.10.2014 selepas isyak. Hari khamis baru muka aku ni akan terlihat dirumah. hahha . Sangat sengal rasa.





No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum , Sila tinggalkan komen anda . Jangan segan segan yew :)

 
Images by Freepik