Pages

Monday, 13 April 2015

Rezeki Baru


Selamat pagi ! 
Alhamdulillah hari ini ada mood nak update blog, rasa berhabuk dah blog ni. Sekarang masa pantas je berlalu meninggalkan kita kan? Sedar tak sedar sebulan tu macam sekejap je kan. Entry kali ni aku nak berkongsi pasal kehidupan aku sekarang.

Aku sekarang dah bertukar status dari menjadi seorang GURU TADIKA di DZ IMAN ke ACCOUNT EXCUTIVES, pergghhh ! jauh betul perginya kan.. *hhahhah*. Memula dapat position ni aku pon macam tak percaya je, dengan tak ada pengalaman nya. Apa yang aku ada pengalaman masa belajar dekat KUIS dulu je. 

Aku pon tak tahu macam mana boleh dapat tawaran daripada company ni. but aku rasa bersyukur sangat dapat kerja bidang yang aku nak sangat selama ini. Anggap ini rezeki selepas berkahwin sebab masa nak dapat job ni semua nya dipermudahkan jalannya. Mungkin ini la dikatakan rezeki kan. Terima kasih Ya Allah sebab beri aku pleuang untuk memperluaskan rezeki aku , beri aku peluang mengapai cita-cita aku dan bantu aku ,suami dan keluarga aku. Rasa bersyukur yang terhingga sangat.

Aku baru je mula kerja di sini, baru dua minggu alhamdullilah aku dah dapat adapt dan belajar pasal company ni secara perlahan-lahan.. Di sebabkam kerja aku tidak sibuk sangat so semua nampak mudah dan berjalan lancar setakat ni. Aku suka sangat dengan kerja yang sekarang rasa rilekks dan santai je.. heheh..

Dapat pula kerja dekat Putrajaya, bebetul dekat depan tasik so tak la rasa stress sangat sebab view sangat cantik . Wehuuu~




Ini la view tempat baru aku . Di Ayer 8, Putrajaya.



No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum , Sila tinggalkan komen anda . Jangan segan segan yew :)

 
Images by Freepik