Pages

Thursday, 18 June 2015

Encik Suami


Amirul Syahid. Hai awak ! Hai kawan baik , sahabat, jiwa, hati, imam dan Suami ku. Sedar tidak sedar dah hampir setahun juga kan kita jadi suami isteri cepat nya masa berlalu kan dear.
* tak tahu la awak baca atau tidak entry ini tapi saya nak tulis juga*

Dear my Hubby,
Is very proud to call you my friend, to call you my lover, and i feel blessed to call you my hubby. You're just not my friend, you're my LOVE. You're not just my love, you're my Heart. You're not just my heart, You're my LIFE, You're not just my life, You're my EVERYTHING to me Amirul Syahid.

Dear my hubby,
Saya tahu sepanjang lapan bulan kita menjalani rumah tangga kita pelbagai rasa,usaha, dan pengorbanan yang awak dah lakukan untuk saya. Saya rasa bahagia dan beruntung menjadi isteri awak. Saya berharap dan berdoa semoga rasa kasih sayang dan bahagia ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat kita jika diberi ke izinan oleh ALLAH. Saya berharap kita diberi peluang menjadi isteri awak hingga ke akhir hayat dan di akhirat sana.





Dear Amirul Syahid,
Semoga kita berdua akan mejadi pasangan yang lebih tabah untuk mengharungi segala ujian dan pahitnya dalam perhubungan kita. Dalam hari-hari kita tidak semuanya indah kan b?? Bohong kalau saya kata tiap-tiap hari kita bhagia, adakala berlaku juga perbalahan antara kita. Masing-masing ada ego kan? Semoga kita terus mampu bertahan dengan sikap masing-masing. Honey tidak kisah untuk terima keburukan b, sebab honey bukan nak hubby yang sempurna. Cukup ada hubby menyempurnakan honey. Honey harap hubby pon dapat terima buruknya honey, honey tak nak hubby cuma terima kebaikan honey tapi bila hubby nampak buruk nya honey , hubby akan kecewa dan tinggalkan.



Happy 8 Month Aniverssary Amirul Syahid


Wednesday, 17 June 2015

Welcome Ramadhan 2015








Selamat Tengah hari semua, 
Hari ini adalah first ramadhan untuk tahun 2015. So, rasanya belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Datang Ramadhan Kareem. 



Hari ini aku just nak bercerita feeling aku untuk sambut Ramadhan 2015. Ramadhan kali ini aku rasa semangat nya lain sedikit dari tahun-tahun yang lepas. Jeng jeng, SEBAB Ramadhan tahun ini aku sudah bergelar isteri dan memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tidak macam tahun tahun yang lepas, masih anak dara, masih boleh manja manja dengan mak bila sahur. Kerja tungu mak kejut je, tak pun bersahur dengan kawan kawan dekat KUIS. Itu je la rutin tahun lepas.
 
Perasaan sambut Ramadhan sebagai seorang isteri sangat excited dan rasa takut juga la. Rasa takut itu bukan apa, just terfikir-fikir mampu ke aku jadi isteri yang melayan dia dengan baik dan sempurna. takut ada yang tak cukup ke makan minum ini. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan dibawah redha ALLAH. Ha! Kalau rasa Excited mesti la sebab kita ada kawan untuk berbuka,untuk solat berjemaah.*nak rasa kena la kahwin dulu* hehehe..

Sekarang semua sudah cukup berbeza, aku dah jadi isteri orang, so kena la bangun masak untuk Encik suami kesayangan Hamba itu. Alhamdulillah. Pagi tadi semua berjalan lancar, nasib baik tidak susah nak kejut suami aku tu bangun. Sekali kejut je dia dah bangun, minta tolong buat air semua dia mahu.*harap-harap berterusan la bukan hari ini saja ye daddy*.

Sebelum penutup, hari ini juga merupakan ulang tahun ke Lapan bulan kami menjadi suami dan isteri. Rasa sungguh pantas masa berlalu, rupa-rupanya dah lapan bulan usia perkahwinan kami. Semoga perkahwinan kita akan kekal hingga ke hujung nyawa kan daddy, dan semoga kita diberi peluang untuk memiliki zuriat yang soleh dan solehah. Terima kasih sebab menjadi suami yang sangat hebat bagi saya. Mummy love u Daddy. Jumpa balik nanti berbuka sesama ok sayang !

P/s: Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan menjadikan kita manusia yang lebih baik dimasa akan datang . Amin.

Wednesday, 3 June 2015

Manusia Biasa

 
Kita sedar diri ini cuma manusia biasa, tetapi kita selalu nak tunjuk lagak yang konon kita ini kuat kan? Beribu kali terluka pun masih belum tersenyum, hanya kita yang mengetahui betapa susah nya kita nak buat muka semanis mungkin supaya orang lain pun gembira dengan kita. Kan kan?

Kadang -kala ada orang tanya aku , tak HIPOKRIT ke macam tu? Bagi pendapat aku itu bukan la hipokrit, sebab kita menyembunyikan wajah duka kita demi membahagiakan orang lain yang ada disisi kita . Apa salahnya? Kalau kita bermasam muka atau masalah dengan orang lain, tapi kita jumpa semua orang pun kita ber masam muka. Tak kesian ke dekat orang itu? Dia akan berfikir, eh ! Dia ini tak suka aku ke ? Marah aku ke? Walaupun sebenarnya kita tak bermaksud demekian tapi orang berfikir bukan bukan.

Jadi sebab itu la kita kena bermanis muka walau dengan sesiapa sahaja, Walaupun kita pernah, kita marah atau terluka . In sha Allah jika kita membahagiakan orang lain, ada ganjaran yang menanti kita kan? Itu yang aku selalu pegang bila aku jatuh terluka atau bersedih, tu yang buat aku kuat.



*Jumpa Lagi*

Tuesday, 2 June 2015

Coretan hati


Apa perasaan anda jika disoal dengan soalan, "TAK RASA RALAT KE KAHWIN AWAL ?", "TAK BALAS JASA MAK AYAH LAGI DAH KAHWIN??".
Perasaan aku , * terkedu sekejap,sambil telan air liur"*. Kenapa aku perlu aku rasa ralat , kenapa ye ada orang berfikir sedemikian? Kenapa bila kita dah berkahwin kita dah tak boleh nak balas jasa mak ayah ke?

Aku bukan nak marah dengan soalan tu, cuma kenkadang tak terfikir dek akal, salah ke kahwin awal? Aku tak ada jawapan untuk soalan tu, kenapa tak hold je dulu kahwin tu?
jawapan yang aku ada, Aku anggap tu JODOH. Aku pun seperti manusia lain, ada perancangan masa hadapan aku sendiri. Aku sendiri tidak pernah terfikir nak kahwin di usia yang muda. Aku pernah target dan merancang untuk berkahwin pada usia 25 tahun atau lebih. Tetapi sebagai manusia yang lemah ini, aku cuma mampu merancang, Rupanya rancangan Allah itu lebih hebat. 

DIA bagi aku peluang mengenal seorang insan, dan dengan Kehendak DIA juga dia ambil kebahagiaan itu. Mungkin cara DIA ambil kebahagiaan itu sangat menyakitkan dan menyedihkan  tetapi dia hadirkan seorang lelaki yang aku sendiri tidak pernah duga dia la suami aku. *siapa kita nak menentang rancangan ALLAH*

Satu lagi perkara yang membuatkan aku untuk teruskan hubungan dengan suami aku dulu adalah AYAH aku. Ayah aku dulu seorang yang sangat garang , sangat susah untuk dia lepaskan aku berkawan dengan seorang lelaki. Bila aku cakap ada orang nak datang rumah nak jumpa MAK dan AYAH untuk berkawan dengan aku, Ayah ok tak? * hati berdebar-debar masa tu, takut kena marah* tapi jawapan aku sangat simple. Datang je la. *fuhh! seorang yang aku rasa garang masa itu aku rasa dia la ayah yang paling memahami*

So, the final, kenapa aku perlu rasa ralat atau menyesal? Aku bahagia dapat berkahwin awal, aku bahagia dengan kehidupan aku, jodoh aku dan masa hadapan kami. In Sha Allah. Walaupun sudah berkahwin aku masa mampu untuk balas jasa Mak dan Ayah aku dengan cara aku dan semampunya aku. 

P/S: eh, orang yang bercinta bertahun-tahun tu, tak ada pulak orang persoal bila nak kahwin? sekjap keluar dengan lelaki itu ,  lelaki ini? Hati manusia bukan mudah untuk diduga kan? Yang penting bahagiakan hati kita dahulu, baru kita mampu beri orang lain kebahagiaan. Kalau kita sendiri tak mampu nak bahagiakan diri sendiri , macam mana kita nak kongsi kebahagiaan dengan orang lain, Ye dak?
 
Images by Freepik