Pages

Wednesday, 3 June 2015

Manusia Biasa

 
Kita sedar diri ini cuma manusia biasa, tetapi kita selalu nak tunjuk lagak yang konon kita ini kuat kan? Beribu kali terluka pun masih belum tersenyum, hanya kita yang mengetahui betapa susah nya kita nak buat muka semanis mungkin supaya orang lain pun gembira dengan kita. Kan kan?

Kadang -kala ada orang tanya aku , tak HIPOKRIT ke macam tu? Bagi pendapat aku itu bukan la hipokrit, sebab kita menyembunyikan wajah duka kita demi membahagiakan orang lain yang ada disisi kita . Apa salahnya? Kalau kita bermasam muka atau masalah dengan orang lain, tapi kita jumpa semua orang pun kita ber masam muka. Tak kesian ke dekat orang itu? Dia akan berfikir, eh ! Dia ini tak suka aku ke ? Marah aku ke? Walaupun sebenarnya kita tak bermaksud demekian tapi orang berfikir bukan bukan.

Jadi sebab itu la kita kena bermanis muka walau dengan sesiapa sahaja, Walaupun kita pernah, kita marah atau terluka . In sha Allah jika kita membahagiakan orang lain, ada ganjaran yang menanti kita kan? Itu yang aku selalu pegang bila aku jatuh terluka atau bersedih, tu yang buat aku kuat.



*Jumpa Lagi*

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum , Sila tinggalkan komen anda . Jangan segan segan yew :)

 
Images by Freepik