Pages

Wednesday, 17 June 2015

Welcome Ramadhan 2015








Selamat Tengah hari semua, 
Hari ini adalah first ramadhan untuk tahun 2015. So, rasanya belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Datang Ramadhan Kareem. 



Hari ini aku just nak bercerita feeling aku untuk sambut Ramadhan 2015. Ramadhan kali ini aku rasa semangat nya lain sedikit dari tahun-tahun yang lepas. Jeng jeng, SEBAB Ramadhan tahun ini aku sudah bergelar isteri dan memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tidak macam tahun tahun yang lepas, masih anak dara, masih boleh manja manja dengan mak bila sahur. Kerja tungu mak kejut je, tak pun bersahur dengan kawan kawan dekat KUIS. Itu je la rutin tahun lepas.
 
Perasaan sambut Ramadhan sebagai seorang isteri sangat excited dan rasa takut juga la. Rasa takut itu bukan apa, just terfikir-fikir mampu ke aku jadi isteri yang melayan dia dengan baik dan sempurna. takut ada yang tak cukup ke makan minum ini. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan dibawah redha ALLAH. Ha! Kalau rasa Excited mesti la sebab kita ada kawan untuk berbuka,untuk solat berjemaah.*nak rasa kena la kahwin dulu* hehehe..

Sekarang semua sudah cukup berbeza, aku dah jadi isteri orang, so kena la bangun masak untuk Encik suami kesayangan Hamba itu. Alhamdulillah. Pagi tadi semua berjalan lancar, nasib baik tidak susah nak kejut suami aku tu bangun. Sekali kejut je dia dah bangun, minta tolong buat air semua dia mahu.*harap-harap berterusan la bukan hari ini saja ye daddy*.

Sebelum penutup, hari ini juga merupakan ulang tahun ke Lapan bulan kami menjadi suami dan isteri. Rasa sungguh pantas masa berlalu, rupa-rupanya dah lapan bulan usia perkahwinan kami. Semoga perkahwinan kita akan kekal hingga ke hujung nyawa kan daddy, dan semoga kita diberi peluang untuk memiliki zuriat yang soleh dan solehah. Terima kasih sebab menjadi suami yang sangat hebat bagi saya. Mummy love u Daddy. Jumpa balik nanti berbuka sesama ok sayang !

P/s: Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan menjadikan kita manusia yang lebih baik dimasa akan datang . Amin.

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum , Sila tinggalkan komen anda . Jangan segan segan yew :)

 
Images by Freepik